Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari
beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun
beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald
Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata“Saya
ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang
memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini ” “Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.
“Kalau
kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu
tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab
calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula
dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan
merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di
syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
”
Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ” jawab calon
keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak
serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya
ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini
tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit
perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.
No comments:
Post a Comment